Kertas Kerja Terapi Seni Visual



1.0  PENGENALAN

       Kanak-kanak berpendidikan khas merupakan golongan kanak-kanak yang mempunyai kekurangan daripada kanak-kanak biasa dari fizikal ataupun mental. Kumpulan ini memerlukan penjagaan yang rapi kerana sebahagian mereka kurang kemampuan mengendalikan kehidupan sendiri. Mereka perlu diberikan kasih sayang oleh masyarakat dan keluarga dengan sepenuhnya. Mereka juga diasingkan daripada kanak-kanak biasa apabila belajar kerana mereka tidak berkeupayaan untuk mengikut status pembelajaran murid-murid seperti biasa. 

        Menurut Mohd Zuri Ghani (2011), pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

       Pelbagai terapi yang telah dirancang dan diaturkan untuk membantu kanak-kanak berpendidikan khas ini dapat lebih menguruskan kehidupan mereka sendiri dan mempunyai kejayaan seperti orang biasa. Terapi-terapi ini berperanan mengembangkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor kanak-kanak tersebut dan dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian.

       Salah satu terapi pendidikan khas adalah terapi seni visual. Terapi seni visual ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas kanak-kanak berpendidikan khas untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Terapi seni visual ini sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah kanak-kanak berpendidikan khas ini tidak dapat dielakkan lagi. Konsep terapi ini adalah untuk memberikan bantuan rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat dan membantu kanak-kanak mengurangkan tekanan dan dapat mengenangkan emosi mereka.

2.0  TAJUK 
Program Aktiviti Seni Visual di Galeri Lukis Melaka

3.0  DIKELOLAKAN OLEH
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee, 73000 Tampin Pos, Melaka.

4.0  ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid autisma di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee mengatasi kekeliruan serta mengawal emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seharian. Terapi ini dijalankan dapat menpengaruhi diri murid pendidikan khas dalam membentuk satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku dalam diri mereka. Mereka dapat meluahkan perasaan mereka dengan tidak bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain dan mendapat ketenangan apabila berjaya menyiapkan karya sendiri. Program ini juga dapat mengembangkan kemampuan motor halus dan motor kasar supaya mereka dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih lancar dan sempurna kerana mereka menggunakan tangan untuk menjalankan aktiviti

5.0  RASIONAL
        Terapi seni visual merupakan salah satu kaedah terapi dalam pendidikan khas yang dapat membantu murid-murid berkeperluan khas mencapai perkembangan yang memuaskan. Murid-murid yang berkeperluan khas ini mempunyai kekurangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor jika berbanding dengan kanak-kanak yang biasa. Terapi ini menyebabkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi hati mereka sendiri melalui idea serta gubahan yang dibuat oleh mereka dalam aktiviti seni visual. 
       Terapi ini juga dapat menyelesaikan konflik emosi yang dialami oleh kanak-kanak pendidikan khas serta meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri dalam diri setiap murid pendidikan khas juga merupakan keperluan terapi seni dalam diri mereka. Kanak-kanak berpendidikan khas dapat membina keupayaan diri dan keyakinan diri yang tinggi kerana terapi ini boleh berfungsi sebagai pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Mereka tidak akan mempunyai perasaan merendahkan diri kerana mereka berupaya menyiapkan aktiviti seni visual dengan sendiri dan juga dapat belajar berdikari dan dapat mengendalikan kehidupan seharian seperti orang biasa.
       Murid-murid berkeperluan khas biasanya kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain di sekeliling walaupun dengan ibu bapanya. Mereka selalu mengasingkan diri daripada orang ramai dan suka berseorangan. Mereka tidak mempedulikan orang lain walaupun orang cuba berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak autisma mengalami keadaan yang lebih teruk daripada kanak-kanak berpendidikan khas yang kategori lain. Terapi ini dapat membantu kanak-kanak berpendidikan khas terutamanya kanak-kanak autisma meluahkan perasaan mereka melalui lukisan mereka serta dapat mengawal emosi dan tekanan mereka dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak autisma tidak pandai berkomunikasi dengan orang lain menyebabkan terapi ini menjadikan cara alternatif untuk membantu mereka berkomunikasi secara tidak langsung.
     Terapi seni visual dapat memberi keseronokan kepada murid-murid melalui lakaran, lukisan atau binaan serta membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Terapi ini dapat membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda serta merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi kanak-kanak berpendidikan khas.

6.0  MATLAMAT
6.1  Guru-guru dapat menjalinkan hubungan mesra dengan kanak-kanak  
berpendidikan khas.
6.2  Guru-guru dapat menimba pengetahuan tentang terapi seni visual dan cara mengendalikan terapi untuk kanak-kanak berpedidikan khas.
6.3  Memberi pengalaman kepada guru dapat memilih aktiviti seni visual yang sesuai dijalankan untuk kanak-kanak berpendidikan khas.

7.0  OBJEKTIF
7.1  Mendedahkah murid-murid berpendidikan khas kepada terapi seni visual.
7.2  Memberikan terapi seni visual kepada kanak-kanak berpendidikan khas untuk membenarkan mereka mempunyai satu cara untuk meluaskan perasaan mereka.
7.3  Mengembangkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak berpendidikan khas.

8.0  KUMPULAN SASARAN
BIL.
PERKARA
JUMLAH
1
Murid-murid pendidikan khas Kelas 3A
(rujukan lampiran 1)
5 orang
2
Guru pendidikan khas
2 orang
3
Pembantu guru
1 orang

Jumlah
8 orang

9.0  TARIKH DAN HARI
3 SEPTEMBER 2014 – hari Rabu


10.0      TEMPAT
Galeri Lukis Melaka, Jalan Melaka Bunga Raya, 70500, Melaka.

11.0      PENGANGKUTAN
Semua murid dan guru termasuk pembantu akan menaiki van SJK(C) Pay Chee

12.0      JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung
:
Puan Ng Sook Chin
Guru Pengiring
:
Cik Nyam Tze Nann
Pengerusi
:
Leong Poh Tan
Naib Pengerusi
:
Grace Chow Su Un
Setiausaha
:
Sharmiladevi a/p Selvarajoo
Bendahari
:
Look Choon Wen
AJK Perhubungan
:
Grace Chow Su Un


Sharon Ng Jing Min
AJK Pengangkutan
:
Kesawaartini a/p Sarkunan
AJK Cenderahati
:
Wong Mei Ti


Lee Sue Jane
AJK Makanan
:
Low Jing Xian
AJK Dokumentasi
:
Vijayalechumy a/p Sugumaran
AJK Aktiviti
:
Lee Jun Yi
AJK Keselamatan
:
Yii Ann Hui


13.0      TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
9.00 pagi
Berkumpul di gelanggang bola keranjang SJK(C)Pay Chee dan bergerak ke Galeri Lukis Melaka.
10.00 pagi
Tiba di Galeri Lukis Melaka.
10.30 pagi
Murid-murid dibawa ke bilik lukis.
10.45 petang
Penerangan mengenai Melukis dan Mewarna daripada Pelukis.
11.15 petang
Murid-murid diberikan pensil warna dan kertas lukis untuk melukis. Guru dan pelukis meronda dalam kalangan murid-murid untuk membantu mereka menjalankan aktiviti tersebut.
12.30 petang
Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian cenderamata.
1.00 petang
Murid-murid dan guru menikmati karya pelukis di dalam Galeri Lukis Melaka.
2.00 petang
Bertolak balik ke SJK(C)Pay Chee.

14.0      ANGGARAN PEMBELAJARAN
BIL.
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
CATATAN
1
Cenderahati
2 unit
*diambil dari stor


2
Van
1

Van SJK(C)Pay Chee



15.0      PENUTUP

         Guru pendidikan khas memainkan peranan yang penting dalam terapi seni  visual. Terdapat pelbagai kegiatan seni dalam terapi seni visual seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, gurisan, percikan, mozek dan stensilan. Melalui terapi seni visual, murid-murid pendidikan khas dapat meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan psikomotor kanak-kanak berkeperluan khas. Terapi seni visual juga dapat menguatkan motor kasar dan motod halus. Selain itu, terapi seni visual juga dapat memperkembangakan daya imaginasi kanak-kanak pendidikan khas.

      Selain itu, terapi seni juga merupakan salah sutu bantuan rawatan tanpa ubatan semasa murid-murid pendidikan khas mengalami masalah dalam emosi , mental dan tekanan dalam kehidupan. Melalui terapi seni, mereka dapat melepaskan dan menghilangkan tekanan  kerana semasa melukis  memerlukan  tumpuan yang sepenuhnya , maka mereka tidak akan  memikirkan perkara yang lain. Mereka juga meluahkan perasaan mereka melalui melukis.

      Kesimpulannya, terdapat terapi seni memang membawa banyak faedah yang baik kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Terapi seni visual juga merupakan terapi yang tidak perlulah membazirkan kos yang banyak. Justeru. Guru pendidikan khas mestilah memainkan peranan yang penting dalam terapi seni.

No comments:

Post a Comment