Terapi Dalam Pendidikan Khas

Secara umumnya, topik ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan, dan melatihkemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut.

Objektif Terapi

1.  Dapat  mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah  
     pembelajaran secara menyeluruh.
2.  Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk  murid yang 
     bermasalah.


Keperluan Terapi

1.  Melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran 
     tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
2.  Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
3.  Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
4.  Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid 
     bermasalah pembelajaran.



Definisi Terapi
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:

1.  Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2.  Terapi seni.
3.  Terapi berkuda.
4.  Terapi pasir.
5.  Terapi muzik dan nyayian.
6.  Pergerakan kreatif dan drama.
7.  Terapi Hidro (Air)
8. Terapi alternatif
9. Terapi pertuturan

No comments:

Post a Comment