PENTINGNYA PENDIDIKAN SENI KEPADA MURID-MURID P.KHAS
1.1
KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai
sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
1.2
KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a)
Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang
tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat
keputusan.
(b)
Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu
bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata.
(c) Aspek
Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka
dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan
projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan
hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e)
Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan
keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran
pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
1.3
KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal
kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat
perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan
Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti
sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan
Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula
dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui
aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
1.4
PERKEMBANGAN LUKISAN /ARTISTIK KANAK-KANAK
1.4.1
Teori Perkembangan Lukisan/Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a)
Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)
Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan
tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak
terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.
-tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi
menggambarkan sesuatu imej. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat
manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal,
contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
Kanak-kanak mula beralih ke peringkat
menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan
keadaan sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura
dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan
daya saiz sebenar objek.
1.4.2 Teori Perkembangan Artistik
Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain
(a)
Peringkat Scribbling(2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan
contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat
contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
(b)
Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan
kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya
dengan menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.
lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang
Age(9-12 Tahun)
Kanak-kanak terus melukis dengan
mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan
teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya
yang dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau
Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka
dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan
konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis
melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan
lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau
Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan
terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini
memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang
sesuai untuk menghasilkan karya seni.
1.4.3
Teori Perkembangan lukisan/ Artistik Kanak-kanak oleh Georges- Henri
Luquet
(a)
Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan
kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah
membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.
(b)
Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja
diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir
sama dihasilkan berulang kali.
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis
mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang
lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan
kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan
dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi
dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5
KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
(a) Untuk
Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya
diuji,dipamerkan)
(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan
Memahami (pertandingan)
(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan
Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka
dan bereksperimentasi.
Sumber : http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/pentingnya-pendidikan-seni-kepada-murid.html
Sumber : http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/pentingnya-pendidikan-seni-kepada-murid.html
No comments:
Post a Comment